Status politik Taiwan Politik_Republik_China

Satu masalah utama adalah berkait rapat dengan status politik Taiwan itu sendiri. Dengan keadaan iklim politik dunia yang berubah kearah pengiktirafan Republik Rakyat China pada era tahun 1970-an dan 80-an, keinginan untuk mengambil kembali tanah besar China semakin pudar dan semangat nasionalisme cinta terhadap pulau Taiwan itu sendiri semakin kukuh. Hubungan antara Republik Rakyat China di tanah besar China dan isu-isu berkait kemerdekaan Taiwan dan penyatuan semula dengan China terus mendominasi politik di Taiwan.

Senario politik Republik China di Taiwan sekarang terbahagi antara dua gabungan di mana Gabungan Se-Biru diketuai parti Kuomintang dan dianggotai Parti Dekat dengan Rakyat dan Parti Baru yang berpendirian pro-penyatuan semula dengan China sementara pihak Gabungan Se-Hijau diketuai Parti Progresif Demokratik dan dianggotai Perikatan Bersekutu Taiwan yang berpendirian pro-Merdeka.

Para penyokong pihak Pan-Hijau menuntut kemerdekaaan Taiwan secara total dan formal dan menekankan Taiwan sebagai entiti berlainan daripada China. Nama 'Republik China' juga dicemuh dan dikatakan tidak wujud. Kendatipun begitu, ahli Se-Hijau yang lebih progresif mengatakan tidak perlu untuk mengistiharkan kemerdekaan secara formal kerana Taiwan sekarang 'telahpun menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat'. Sesetengah ahli puak Se-Hijau ini telah bertindak dengan lebih extrim dan menerbitkan pasport untuk negara yang didakwa bernama "Republik Taiwan" itu.

Pada masa yang sama, pihak Se-Biru mahukan penyatuan semula dengan tanah besar China dan menyokong konsep Republik China sebagai satu simbol kait dengan China. Penyatuan semula dengan tanah besar China sebagai satu negara dianggap akan berlaku pada masa depan yang dekat, dan sehingga itu status quo kini, dimana Taiwan tidak merdeka secara formal, lebih disenangi. Dalam lawatan ketua parti KMT Lien Chan ke tanah besar pada bulan April 2005 baru-baru ini, beliau telah menggariskan kepercayaan partinya dalam konsep Satu China dan ia merangkumi keseluruhan China termasuk Taiwan. Ketua Parti Dekat dengan Rakyat James Soong juga menyatakan sentimen yang sama semasa lawatannya ke tanah besar pada bulan Mei.

Kerajaan PRC di tanah besar China menyatakan pendiriannya bahawa konsep Republik China lebih mudah diterima berbanding suatu negara bebas "Republik Taiwan". Yang menjadi ironi adalah, sekalipun kerajaan PRC menganggap ROC sebagai entiti tidak sah, ia telah mengancam sebarang tindakan untuk memerdekakan Taiwan dan menghampuskan ROC sebagai sama dengan suatu declarasi perang.